Menu
Azmee Abdul Manaf Kehidupan peribadiAzmee (46 tahun) akhirnya menamatkan zaman bujang beliau dengan gadis pilihan keluarga, Syarifah Dhurrah Uzma Syed Jaafar Muhiddin (25 tahun) dengan sekali lafaz pada pukul 5.45 petang, hari Jumaat, 15 Disember 2017.
Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Yusof, Imam Besar Masjid Al-Muhtadin, Sungai Seluang, Kulim, Kedah dengan disaksikan kaum keluarga serta sahabat handai kedua-dua pengantin.
Menariknya, majlis akad nikah pasangan itu diadakan serentak bersama tiga lagi pasangan lain di lokasi yang sama.
Azmee menyerahkan mas kahwin RM1,000, seutas gelang emas dan wang hantaran berjumlah RM10,000 serba satu.
Pasangan itu mengenali antara satu sama lain selepas diperkenalkan bapa Azmee sendiri, Haji Abdul Manap Hassan dan mereka mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos 2017.[27]
Menu
Azmee Abdul Manaf Kehidupan peribadiBerkaitan
Azmeer Azmeer Yusof Azmee Abdul Manaf Azmeer (album) Azmeer (album Azmeer) Azlee Jaafar Azlee Khairi Azeera Nazir Ameerah Wardatul Bolkiah Azreen Nabila AliasRujukan
WikiPedia: Azmee Abdul Manaf